BAHAN-BAHAN:
1 kg tulang
1 kg daging cincang
1/2kg santan
2 sudu besar kerisik
2 cawan minyak masak
garam
BAHAN-BAHAN REMPAH:
200 gm rempah kari daging
1 sudu serbuk jintan manis
1 sudu derbuk jintan putih
2 sudu serbuk lada hitam
BAHAN-BAHAN TUMIS:
8 ulas bawang merah/tumbuk
5 ulas bawang putih/tumbuk
3 cm halia/tumbuk
3 batang serai/titik
2 tangkai daun kari
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
5 biji buah pelaga
CARA MENYEDIAKAN:
1. Daging dan tulang dibersihkan.Tuskan airnya.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga naik bau dan garing.
3. Kemudian masukkan bahan rempah dan tumis sehingga garing.Selepas itu,masukkan
daging dan tulang.Kacau rata dan biarkan selama 10 minit.Tambahkan air secukupnya.
Rebus daging hingga empuk.
4. Tambahkan garam,kerisik dan santan.Kacau perlahan-lahan sehingga mendidih dan kecilkan
api.
Sunday, October 12, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment