Sunday, October 12, 2008

DAGING KETUMBAR BUAH ZAITUN

BAHAN-BAHAN:

1 1/2 daging(rebus empuk)
3 tangkai daun ketumbar
1 cawan sos tomato
15 biji buah zaitun
300 ml air rebusan daging
rempah tumis
garam
minyak untuk menumis

BAHAN-BAHAN KISAR:

1 sudu besar ketumbar
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
1/2 sudu kecil buah pala
3 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga

BAHAN-BAHAN TUMBUK HALUS:

15 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
sedikit halia

CARA MENYEDIKAN:

1. Goreng tanpa minyak kesemua bahan kisar,kemudian kisar halus bersama daun ketumbar
2. Pijarkan minyak dan tumiskan bahan kisar bersama bahan tumbuk halus sehingga naik bau
3. kemudian masukkan daging dan buah zaitun.Tuangkan sekali air rebusan daging tadi.
4. masukkan pula sos tomato dan tambahkan garam secukup rasa.Masak sehingga pekat.
kemudian taburkan buah zaitun dan daun ketumbar.

No comments: